ANCAMAN SOSIAL AKIBAT JUALAN SAMSU/ARAK HARAM/MURAHAN YANG BERLELUASAN

 

 

YB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi 

Kementerian Dalam Negeri

Blok D1 & D2, Kompleks D,  

Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya

 

Yang Berhormat Datuk Seri Dr ,

 

ANCAMAN SOSIAL AKIBAT JUALAN SAMSU/ARAK HARAM/MURAHAN YANG BERLELUASAN

 

Terlebih dahulu pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Dr , di atas kepimpinan cemerlang bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat dan Negara.

2. Pihak kami pada persidangan delegasi yang telah berlangsung pada 27hb June 2015 hingga 27hb June 2015 di Port Dikson telah melaksanaan suatu usul menyokong usaha pihak ejensi kerajaan dan jabatan-jabatan berkenaan yang bertanggung jawab untuk membenteras jualan arak dan samsu haram secara berleluasan di Negara kita.

3. Seperti mana kita sedia maklum , gejala ini seperti  najis dadah telah mengugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Instituisi keluarga terancam akibat ketua rumah yang terlibat dalam penggunaan samsu haram dan arak murahan (cheap liquor).

4. Baru-baru ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengenal pasti beberapa unit kedai yang menjual barangan larangan ini di kawasan Brickfields dan Bangsar. Tindakan ini kami percaya telah disokong oleh Jabatan  Imigresen  Malaysia yang bertanggung jawab bagi pelesenan.Pihak kami ingin merakamkan ribuan terima kasih dan syabas atas tindakan itu. (Keratan akhbar dilampirkan)

5. YB datuk Seri dr. , pihak kami memohon agar pemberian lesen kedai arak dihadkan dan pemantauan jualan melanggari peratuan dan undang-undang diperhebatkan oleh pihak berkuasa kerajaan.

6.Malang sekali ramai anak-anak mudakita  turut terlibat dalam aktiviti meminum arak murahan dan samsu haram.Sebagai langah pencegahan , pihak kami memberikan taklimat dan penjelasan akan bahaya nya ‘syaitan’ ini  dalam setiap program kami yang melibatkan  kanak-kanak hingga ke peringkat dewasa .

7. YB Datuk Seri Dr , adalah wajar sekiranya penguatkuasaan terhadap gejala ini diperhebatkan sehingga kita capai tahap sifar peminum arak dan samsu haram lagi murahan yang merbahaya untuk kesejahteraan instituisi keluarga dan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Please reload

Featured Posts

International Yoga Day Declaration by the United Nations

December 15, 2014

1/2
Please reload

Recent Posts
Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square